Ramai
orang di luar yang mengimpikan kerjaya sebagai pramugari dan pramugara atau
lebih dikenali sebagai krew kabin. Siapa yang tak nak kerja asyik melancong ke
luar negeri kan? Asal lalu kat airport tu semua mata akan memandang. Yang
pramugari dengan uniformnya yang menawan dan bergaya, mekap yang cantik, rambut
yang tersusun rapi dan senyuman yang sungguh menarik. Yang pramugara pula
memang cukup segak dan bergaya. Hensem-hensem pula tu. Pendek kata memang serba serbi nampak sempurna
lah. Mata-mata yang memandang pula mesti ada yang terselit rasa cemburu. Kalau
tak banyak, sedikit tu pun pasti ada. Dan, tak kurang juga ada yang memasang impian
atau angan-angan menginginkan kerjaya sebagai krew kabin. Terbang ke sana ke
mari, melawat negara orang, shopping dekat oversea
dan macam-macam lagi lah. Memang kerja ini lain dari yang lain. Sebabnya ialah
company bayar mereka bekerja dan dalam masa yang sama dapat melancong. Tak ke
best tu? Pendek kata memang kerjaya glamour lah. Orang kata, “breakfast in Paris and lunch in New York”.
Best kan?
Kerja
ini memang sangat meletihkan sebenarnya. Dengan jet lag nya, karenah
penumpangnya dan macam-macam lagi lah. Tapi kalau nak fikir pun, mana ada kerja
yang tak meletihkan. Semua kerja pun letih. Tapi sekurang kurang nya lepas
letih bekerja kita akan tiba ke destinasi yang mungkin pertama kali kita
sampai. New York, Paris, London, Milan dan macam macam destinasi lagi. Masa dah
sampai tu semua rasa letih tu akan tiba-tiba hilang sebab teruja dengan tempat
yang baru kita sampai. Mesti tertanya-tanya kan kalau dah sampai ke destinasi
nanti nak duduk kat mana? Jangan terkejut. Sebabnya, syarikat pernerbangan akan
menempatkan krew kabin di hotel-hotel yang mewah. Kalau tak lima bintang pun
sekurang kurangnya empat bintang. Kalau sebut nama-nama hotel terkenal seperti
Hilton, Shangri La memang tak heranlah. Bukan apa, tapi syarikat penerbangan
kena jaga kebajikan dan keselamatan krew kabin nya.
No comments:
Post a Comment