Saturday, October 14, 2017

Bestnya kalau dapat naik private jet...


Bagi individu-individu yang mampu, mereka boleh lah menyewa sebuah pesawat persendirian untuk membawa mereka ke tempat yang ingin dilawati samada untuk bercuti atau untuk urusan mesyuarat atau perniagaan. Biasanya individu-individu seperti ini adalah mereka yang mempunya kemampuan dari segi kewangan. Kalau dalam bahasa Inggeris orang kata money is no object atau wang bukan halangan. Ramai ahli-ahli perniagaan yang terkenal memilih untuk menggunakan perkhidmatan private jet ini sebagai pengangkutan utama mereka untuk pergi ke destinasi-destinasi tertentu.

                Perkhidmatan ini sebenarnya lebih mudah dan sangat menjimatkan masa kerana tidak tertakluk kepada jadual penerbangan. Private jet ini boleh berlepas pada bila-bila masa sahaja bergantung kepada kehendak penyewa. Namun, siapa saja yang menggunakan perkhidmatan private jet yang mahal ni? Sudah tentu ada. Kalau tak mana ada perkhidmatan seperti ini disediakan. Betul tak? Para pelanggan untuk perkhidmatan private jet ini termasuk lah tan sri, dato sri, VVIP, kerabat diraja dan sudah tentu lah pak-pak arab yang memang banyak duit. Jangan tak tau. Kalau di Malaysia, kebanyakkan syarikat penerbangan private jet ini berpangkalan di Subang. Biasa kalau penumpang menggunakan perkhidmatan private jet ni mereka akan membayar untuk juruterbang, jurutera penerbangan serta krew kabin sekali. Berapa exactly sewa untuk private jet tak tau lah. Dengar-dengar kalau sewa dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mungkin boleh sampai R30k

No comments:

Post a Comment